Friday, April 19, 2013

Aku Inginkan Diari Hidupku Diteruskan.

Aku rasa dah sekian lama aku meninggalkan zaman blogger ni. Tapi tak dijangka hatiku ingin menyambung blogger ni dengan cerita hidup ku, suka atau duka dan pelbagai lagi aku akan buat, seolah-olah macam kedai serba ada.
Dan seperti sedia maklum sebelum ni aku menggunakan "FALLING IN COLOURFUL" dinamakan di blog ku ini. Disebabkan aku dah faham makna tu jadi aku menukar ke "MY NAME IS EDMOND" dan dalam masa terdekat aku aku pendekkan jadi "I'M EDMOND" saja.
2 tahun yang lalu aku dah meninggalkan blog ni. Dan aku masih teringat di masa zaman aku belajar dulu aku rajin mencari idea untuk diisi di dalam blog ni. Tapi sekarang aku lebih selesa secara spontan, apa yg ada dalam kepala ni aku cuma keluarkan. Balik ke cerita tadi, 2 tahun tu bunyi macam sekejap kan? Kalau aku pusing balik sejarah yang dah berlaku, terlalu banyak kenangan pahit manis yang ada terukir dalam perjalanan hidup ku.
Dipendekkan cerita aku kini ingin bergiat balik dalam hobi blogger ku ni. Kalau aku tak tinggal update blog ni dulu mesti dah panjang berjela dah diari hidup aku yg terpahat di blog ni kan.Mana ada salah silap mohon maaf.
#edmondbilly

No comments: